Tuesday, December 27, 2011

bab 183

dah berhabuk aku rasa blog aku ni . sorry sangat busy lately ni . Alhamdulillah , setakat ni dah sebulan lebih aku bergelar mahasiswa dekat UiTM Alor Gajah , Melaka . So far , takde masalah laa . okay , aku dah taktau nk cerita apa . Banyak assignment yg perlu disiapkan . Ciaoo . Assalamualaikum

Saturday, October 1, 2011

bab 182

Hari ni aku nak menyuarakan padangan aku pasal "POLITIK MALAYSIA MASA KINI" . Aku terpanggil untuk buat benda ni sebab aku rasa kita hidup dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini kita kena saling bertukar pendapat antara satu sama lain .

Walaupun aku masih dalam usia yang masih mentah untuk berbicara pasal politik tapi aku rasa itu bukan penghalang sebab dengan semangat yang ada sudah cukup untuk ianya dilaksanakan .

Politik Malaysia masa kini dengan yang dulu aku tengok agak berbeza sebab politik Malaysia zaman dahulu lebih bersih berbanding dengan sekarang . Macam dulu , kerajaan , dan pembangkang dilihat lebih berganding bahu antara satu sama lain walaupun kadangkala ada sedikit perbalahan . Itulah yang dinamakan "asam garam dalam politik" .

Politik Malaysia zaman sekarang kalau dilihat lebih banyak perbalahan kerana pembangkang sering mengAUTAkan yang FAKTA !!! ianya berlaku mungkin disebabkan ingin mempengaruhi fikiran rakyat supaya beralih angin kepada Pakatan Rakyat . Situasi seperti ini amat berbahaya kerana apa ? kerana rakyat akan tertipu dengan kenyataan yang dikeluarkan secara tidak langsung dipengaruhi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab .

Kalau dilihat manifesto-manifesto yang dikeluarkan semasa Pilihanraya kebanyakan parti-parti akan menjanjikan pelbagai janji-janji manis , inilah yang dinamakan "tanam tebu di tepi bibir" . Tahniah kepada parti yang berjaya menunaikan janji mereka . Dengan manifesto sahaja rakyat akan terpengaruh dengan mudah . Buktinya dapat dilihat apabila parti pembangkang dapat menawan 6 buah negeri pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) . Tetapi apa hasilnya setelah mereka menjadi kerajaan negeri ? banyak masalah timbul ketika mereka memerintah . Baru memerintah negeri dah kucar-kacir , ada hati nak memerintah negara ? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia . Ini berkaitan dengan nasib generasi pada masa akan datang .

Kalau kita lihat , seorang demi seorang ORANG KUAT pembangkang keluar dari parti kerana mereka hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti mereka sendiri dan mereka telah terbangun dari lena yang panjang bahawa parti mereka ada agenda tersendiri . Aku tak terkejut kalau semua negeri yang pembangkang memerintah sekarang jatuh ke tangan BN semula . Pada PRU 12 Selangor jatuh ke tangan pembangkang mungkin kerana Khir Toyo menghadiahkan "Penyapu Sampah" kepada pegawai-pegawai kerajaannya . Rakyat marah dengan tindakan beliau !!! Jangan sampai pisang berbuah 2 kali . Jadikan lah ia sebagai pengajaran dan iktibar supaya perkara seumpama itu tidak berulang lagi .

Dengan lingkungan umur aku yang baru manjangkau 18tahun aku mengaku aku masih mentah nk berbicara soal politik ni . Aku berpegang kepada prinsip "GENERASI MUDA PEMIMPIN MASA HADAPAN" . Kebanyakan generasi seusia dengan aku mungkin lebih cenderung kepada dunia fesyen , muzik da sebagainya . Tapi aku rasa pada masa yang sama kita kena amik tahu pasal benda ni , kita juga tidak sedar sebenarnya kita setiap hari berpolitik dalam kehidupan kita tanpa kita sedari .

Sedarlah wahai generasi muda , kita punya zaman yang bakal mendatang lebih banyak liku onak dan duri yang harus kita tempuhi . Jangan terlalu ikutkan emosi sampai termakan diri sendiri seterusnya generasi kita yang akan datang sendiri yang akan merana . Sanggup ? kalau tak sanggup buatlah pilihan yang terbaik demi negara Malaysia yang tercinta ini .

Thursday, September 22, 2011

bab 181

Hari ni aku nk cerita sikit pasal diri aku . Bila korang baca mungkin korang akan tergelak dan pelik kerana mungkin dalam kepala otak korang akan berkata minat aku ni mcm orang tua .

Kebiasaannya , remaja sebaya aku lebih cenderung membaca buku cerita , yang bertemakan aksi , lawak jenaka dan cinta . Tapi lain pula aku , minat aku lebih cenderung kepada buku yang berkaitan dengan politik dan sejarah ! Nak tau kenapa ? mungkin disebabkan ayah aku yang mula aktif berkecimpung dalam dunia politik sejak 8tahun yang lalu telah membuatkan aku minat dengan politik dan sejarah . Buku2 yang ada dalam rumah aku pun banyak berkaitan dengan politik dan sejarah .

Masa umur aku 15tahun minat tu semakin bertambah apabila ayah sering menceritakan selok belok dalam politik ni . Macam mana nak berjaya ?! Ayah banyak bagi semangat la dekat aku walaupun masa tu aku bawah umur lagi dan tidak sepatutnya tahu pasal politik lagi .

Kalau time pilihanraya jangan cakap la , aku dengan ayah sanggup tunggu sampai tengah malam semata-mata nak tahu keputusan pilihanraya . Keluarga aku yang lain semua pelik dengan minat aku ni sebenarnya . Nak buat mcm mana kalau dah minat :)

Lagi satu kalau ayah pergi berkempen ke pilihanraya kecil , time dia otw balik rumah and dia taktau keputusan terkini . Ayah akan call aku tanya keputusan terkini .

Tapi sejak 2tahun yang lalu bila Ketua Bahagian dia menyertai PAS , sejak itu ayah dah slow sikit dalam arena politik ni . Bila Ketua Bahagian masuk PAS , lebih kurang 30 orang Ketua Cawangan turut serta masuuk PAS dan dan hanya 4 orang sahaja tidak menyertai mereka dan ayah merupakan salah seorang daripada 4 orang itu ! Ayah yang aku kenal berpegang pada prinsip setia kepada parti walaupun sebenarnya ayah merupakan ORANG KUAT Dato' Ketua Bahagian pada masa itu dan mungkin berlatar belakangkan keturunan politik ayah tidak turut serta lompat parti .

Pakcik ayahh yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Ghafar Baba ! seorang pejuang yang blh dikatakan "low profile" sehingga beliau meninggal dunia barulah beliau menerima pingat yang membawa gelaran "TUN" . Sebelum ini beliau tidak mahu menerima sebarang pingat .

Sekarang ni aku pulak nak meneruskan legasi perjuangan atok saudara aku ! Aku ada misi dalam hidup aku yang dinamakan "MISI 5" ! Bila aku dah habis belajar dan dah ada kerja aku nak join politik dan mungkin kalau ada rezeki aku nak jadi ADUN atau Ahli Parlimen supaya suara2 nakal pembangkang dapat dikekang ! Insya Allah .

Korang mungkin akan ketawa dan mungkin jugak ada yang akan kata "BAJET LEBIH" . Aku tak kisah apa orang nk kata , misi aku adalah untuk mempertahankan hak keistimewaan melayu pada masa hadapan ! Jangan sampai kita hidup merempat walhal Malaysia ni tanah kita . Fikir-fikrikan lahh .

Monday, September 19, 2011

bab 180

Ni cerita pasal kelmarin malam bukan hari ni punya cerita ye :p . haaa , kelmarin hari sabtu en ? malam minggu ? okayyyyyy . Nik ariff tido rumah aku malam tuuu , haha but but before that kita orang melepas geram kejapp main futsalll and and before that amik dia dekat Universiti Islam Antarabangsa . budakk UIA tuu , blh ahh jadi ustaz lepas ni . haha . lepas je habis main futsal , aku , nazry , amir , azwin , syafique , ijam , jang , syuk dengan shah pergi makan dekat 223 ! pekena nasi lemak 2bungkus , teh o' ais laichi (Y) and otak2 1 bakul . haha . melantakkk habis . balik rumah pukul 3lebih . sampai pukul 4pagi . aku dengan nik ariff pukiul 5lebih baru tido sbb bergosip jap , cerita hal masing2 , lama tak bergosip dengan mamat ni , time aku bawak dia balik kampung duluu tido lambat jugakk sbb bergosip jugak la . haha . k itu je aku nk cerita , bye :D

Sunday, September 11, 2011

bab 179


Happy 2 months anniversaryyy Ira Affandee :) . Aku tahu hubungan kita masih baru lagi walaupun sebenarnya kita dah kenal each other dah setahun lebihh . Ingat lagi time baru2 kenal , bahasa "I YOU I YOUU" gituuuu . Now dah setahun lebih kenal bahasa gangster pulakk "AKU KAU" :p

Just so you know that no matter what's gonna be happen , I will still love you day by day walaupun banyak jugak dugaan sebenarnya dalam relationship kita ni . Tapi aku tak kisah semua tuu , apa yang penting "kesabaran kunci kejayaan " sesuatu hubungan .

Aku bersyukur kau datang dalam hidup aku :') . I've never had someone like you bee . You are funny , talkative and everything laaa :)

Ingat lagi masa aku dekat PLKN kita berjauhann right ? :'( . Walaupun jauh tapi Ira tetap dekat di hati :) . hehe . Now , kita dah kenal lebih setahun and we are in a relationship dah 2 bulan . Aku harap ianya berkekalan sampai bila2 :)

Nanti aku dah masuk UiTM kita kena berjauhan lagi . haihhh . Tapi ingat , aku nk kauu sorang je , taknak orang lainnn . Sayang kau sorang je . Ingat tuu !!!

I LOVE YOU SO MUCH IRAAA <3

Monday, August 29, 2011

bab 178

Lama jugak aku tk mengUPDATE blog aku ni . Apa khabar ? Alhamdulillah :) . Okayy , taktau nk cerita apa sebenarnya -.-' . Apa yang aku blh kata cuma Alhamdulillah sebab aku dapat surat tawaran masuk ke UiTM :D . Aku akan melanjutkan pelajaran aku dalam bidang Pengajian Perniagaan di UiTM Alor Gajah , Melaka :) . Tak sia2 aku sabar selama ni , akhir nyaaa dapat jugak sambung belajar , dpt bidang yang aku nk dan tempat yang aku nakk :') . Ramai jugak la yang aku kenal kt UiTM Melaka tuu . antaranyaaa , Hafiz Azhar , Syafique , Firdaus , Atiqah Mahmud , Wazeeraah Azmi dan Sharaa Shamsulanuar . haaa . kira okay ahh ada jugak membe :p


Thursday, August 11, 2011

bab 177

Assalamualaikum , Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia ! Dah 12hari aku meninggalkan kem PLKN , banyak benda yang aku belajar kat sana , macam2 laaa . Dari awal pembelajaran iaitu dari Modul Pembinaan Karakter , Modul Budaya Kerja , Modul Kesejahteraan Hidup , Modul Fizikal dan Modul Kenegaraan !

Sebelum ni ramai yang berpendapat PLKN ni membazirkan duit kerajaan je , aku rasa SALAH sama sekali ! dorang tak masuk PLKN mana dorang tahu membazir ? aku berani jamin 99.9% pelatih PLKN akan BERSEPENDAPAT dengan aku !

Bendera kompeni DELTA

Antara pencapaian DELTA :-

1) JOHAN Persembahan "Kontrak Kita Janji" (KKJ)
2) Sukan Kreativiti : -
(a) Tikar Terbang : JOHAN
(b) Tangki Bocor : NAIB JOHAN
3) JOHAN Program Penghayatan Sastera & Budaya
4) JOHAN Dorm Terbersih
5) WIRAJAYA : -
(a) Explorace : KETIGA
(b) Pertolongan Cemas : NAIB JOHAN
(c) Kelapa Emas : JOHAN
(d) Pengkalan Terbaik : JOHAN
(e) JOHAN KESELURUHAN WIRAJAYA
6) KOMPENI TERBAIK Kem PLKN Bina Semangat , Kuala Kubu Bharu , KUMPULAN 2 , SIRI 8/2011 ,


Antara gambar2 kenangan time aku dekat PLKN : -

Bila dah lapar , MAGGI TOMYAM jadi pengalas perut *cariportcantiklepastumakan #nikmatwoo
Bila dah penatt , atas lantai pon jadi la janji dpt tidur . hehe
Kelas Intergrasi 3 , KELAS INTEGRASI TERBAIK (Y)

Gaya tidur seorang pelatih PLKN yg berasal dari Petaling Jaya :D
Muka bajet ahli surau je semua ;p

TTS SEDIA ! *tempurtanpasenjata

Supersaiya in the making :D

Ucapan penutup WIRAJAYA

T-shirt rasmi DELTA

Bila DELTA dah menang , aku yang jadi mangsa KERAIAN dorang kena campak dlm kolah -.-'